109A, Regat seri Cempaka,
Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak.
019 5509459
hello@thekieystudio.com
thekieystudio@gmail.com

Perbezaan http dan https

Perbezaan http dan https
by

Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin ada juga yang masih tertanya tanya. Dua term baru yang dapat belajar harini ialah Secure Socket Layer (SSL) dan Transport Layer Security (TLS). Baca sampai habis untuk lebih faham.


Apa HTTP?
HTTP adalah singkatan kepada Hyper Text Transfer Protocol, iaitu merujuk kepada protokol yang membenarkan penghantaran dan penerimaan maklumat serta data internet.

HTTP tidak menjamin keselamatan data yang dikirim antara client dan server. Kerana ianya tidak selamat dan terdedah. Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut. Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!

Apa HTTPS?
HTTPS pulak iala Hyper Text Transfer Protocol Secure, iaitu sama seperti HTTP tapi penggunaan HTTPS yang lebih meluas dan secara selamat. Saluran https menggunakan sambungan https:// yang secure dan selamat dan ia bagi memastikan pertukaran data website secara sulit dan kekal selamat. Selalunya digunakan oleh laman web yang melibatkan kewangan. Contoh: paypal.

HTTPS menggunakan SSL, iaitu Secure Socket Layer, atau Transport Layer Security (TLS) sebagai sublayer di bawah lapisan HTTP normal yang membolehkan semua komunikasi melalui Chrome, Firefox dan sebagainya dapat disulitkan (secure) dan encrypted untuk keselamatan.

TLS adalah satu protokol pada jaringan komputer yang dapat menjaga keselamatan dan kerahsiaan yang dikirim oleh server, atau dengar erti kata lain, menyulitkan pihak ketiga untuk mencuri data yaqng telah dihantar oleh server.

SSL pulak adalah sebuah teknologi enkripsi untuk keselamatan HTTP. Menjadikan ianya lebih terjaga. Protokol SSL biasanya digunakan oleh web yang menggunakan urusan urus niaga kewangan seperti paypal, perbankan internet dan lain lain.

Jadi jika terdapat sebuah laman web meminta kita untuk memasukkan maklumat kad kredit atau apa apa data peribadi anda, periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / ataupun http:/ /
Jika tidak, jangan memasukkan maklumat peribadi kita atas alasan web yang tidak menjamin keselamatannya.

Ketahanan Keselamatan
Jika nak dilabelkan sebagai betul-betul selamat bagi https://, tidak lah jugak. Ini kerana kita kena tahu, setinggi mana level security yang kita letak, ia tetap boleh dimasuk atau dipecahkan oleh hacker-hacker yang hebat. Jadi, jika anda rasa perlu adanya SSL, tidak salah untuk memasangkanya.

“Lebih baik sukarkan hackers daripada memudahkan kerja mereka.”

Nantikan artikel seterusnya mengenai jenis-jenis SSL. Sebab SSL terbahagi kepada beberapa level keselamatan & juga kekuatan. Murah hinggalah ke tahap puluh ratus ribann!! hahahhaa.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *