109A, Regat seri Cempaka,
Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak.
019 5509459
hello@thekieystudio.com
thekieystudio@gmail.com

Panduan bagaimana memilih nama domain anda?

Panduan bagaimana memilih nama domain anda?
by

 

Adakah nama domain anda seksi?

Salah satu keputusan yang paling sukar adalah memilih nama domain yang tepat untuk anda.

Anda harus hidup lama dengan nama yang anda pilih. Setelah blog atau bisnes anda sudah berkembang, agak sukar untuk beralih kepada nama domain lain.

Kerana setiap brand akan mengambil masa yang lama untuk berkembang.

Sesiapa pun pasti tidak mahu membazirkan masa lagi.

Jadi apakah panduan untuk memilih nama yang sesuai dan tepat bagi blog atau bisnes anda?

Panduan bagaimana memilih nama domain 

Sekarang anda mungkin ingin memulakan jenama baru.

Mungkin juga anda suda mempunyai jenama dan sedang berhajat membina jenama online.

Saya faham, untuk setiap benda di zaman sekarang ini semua orang memerlukan website.

Tapi sebelum itu, anda harus berfikir panjang dan mendalam sebelum memilih nama domain.

Apakah nama yang anda pilih dan bagaimana ia memberi kesan terhadap kehadiran jenama anda secara online.

Apa yang anda harus tahu, nama domain memberi impak yang besar terhadap web menerusi click-through rate (CTR) daripada hasil carian kepada media sosial, pautan rujukan, penjenamaan, dan pengiklanan secara offline.

Ada banyak aspek akan terkesan dengan pemilihan nama domain kepada jenama dan pemasaran anda secara online dan offline.

Untuk memudahkan anda, disini ada 5 kriteria yang penting dalam memilih nama domain yang tepat.

Jadi peraturan pertama untuk memilih nama domain adalah:

 

1) Jadikan ia berjenama

bAJika anda dengan seseorang menyebutnya, adakah ia kedengaran seperti jenama atau seperti perkara umum?

Masalah besar jika terdapat sengkang atau nombor dalam nama domain anda.

Ia tidak kedengaran sebagai satu jenama. Ia kedengaran seperti umum.

Jadi elakkan sengkang dan nombor.

Disini kita perlukan satu nama yang betul-betul unik.

Sebagai contoh anda ingin menjual tudung dan jubah online. Anda bercadang untuk menamakan website anda “kedaitudungjubahonline.com”

Itu adalah sukar dijenamakan. Terlalu umum dan sukar diingati.

Untuk mudah diingati, elakkan gunakan nama domain yang terlalu umum.

Kata kunci umum memang senang diingati, tetapi sukar untuk bertahan lama di dalam minda.

Jika anda inginkan sesuatu yang unik, formulanya adalah elakkan sama sekali menggunakan kata kunci separa atau tepat sebagai nama domain.

Ia tak bagus sebenarnya.

Malah ia membahayakan kedudukan anda dalam enjin carian kerana google menganggap anda cuba melakukan spam.

  • jubahonline.com
  • jubahbella.com
  • bellaammara.com

Jauh diri dari memilih jubahonline.com.

Saya rasa jubahbella.com adalah baik sedikit, senang disebut tapi belum cukup unik.

Bellaammara.com, jenama ini memang betul wujud. Sangat berjenama, unik dan menyerlah.

Saya akan ingat ia dengan sekali lihat. Sangat menarik.

 

2. Pilih nama mudah disebut

nama domian yang tepatMudah disebut maknanya mudah diingat.

Adakah ia boleh dieja dengan sekali dengar?

Ia berkenaan dengan konsep yang dipanggil Processing Fluency 

Processing fluency adalah sifat kognitif manusia yang dimana secara semulajadinya, kita akan ingat dan mempunyai ikatan positif terhadap benda yang kita mudah sebut dan mudah difikirkan.

Ia juga termasuk mudah disebut dalam fikiran kita.

Jika sesuatu nama itu sukar disebut, atau sukar diteka bagaimana ejaannya, anda akan kehilangan Processing Fluency.

Dan jika itu terjadi, anda akan kehilangan keboleh-ingatan dan segala kelebihan-kelebihan lain terhadap jenama yang anda cipta itu.

Gunakan bahasa tempatan jika anda ingin gunakan bahasa tempatan sebagai medium penulisan. Gunakan nama berasaskan english jika anda target antarabangsa.

Contohnya, TulipPutih.com – ia secara tidak langsung akan memberi gambaran website tersebut dalam bahasa melayu.

 

3. Pendek, Padat dan Diingati

Lebih pendek lebih mudah diingat.. dan mudah ditaip.

Ia akan menjadikan brand kita lebih menyerlah.

URL juga akan lebih cantik bila dikongsikan ke media sosial.

Lebih pendek lebih bagus.

Banyak syarikat berjaya didunia menggunakan nama yang pendek dan mudah diingati.

Contohnya:

  • facebook
  • amazon
  • google
  • yahoo
  • vocket

Be creative:

Kebanyakan nama berasaskan satu perkataan sudah diambil. Jadi kita perlu cipta sendiri perkataan kita.

Vocket adalah contoh gabungan dua perkataan iaitu Viral + Pocket, viral in the pocket.

Contohnya lain adalah seperti AirAsia, CelCom, Facebook dan YouTube.

Think local:

Jika anda ada target untuk pasaran tempatan, masukkan nama tempat dalam domain anda. Contohnya PizzaKajang.com

Ia akan menyenangkan pengguna untuk cari dan ingat.

Make it short and memorable.

 

Juga.. elakkan kekeliruan.

Jangan gunakan nama yang sudah dipakai atau sama dengan orang lain.

Dua perkara kita kena berhati-hati disini:

  1. kekeliruan kepada pengguna
  2. mengelakkan tindakan mahkamah

Lagi pun bila wujud kekeliruan, ia akan menjejaskan proses penjenamaan anda.

Yang penting jangan mengganggu trademark orang lain. Nama tersebut mungkin telah dipatenkan hakcipta.

 

4. Berakhir dengan .Com

nama domain blog

Kredit imej kepada Elegant Theme

Kenapa mesti domain anda berakhir dengan .Com?

Kembali kepada bab cognitive fluency tadi, kita harus pilih sesuatu yang senang, yang orang sudah terkait.

Contohnya dalam masyarakat kita, apabila sesuatu yang melibatkan website atau internet, dalam fikiran mereka pasti terlintas dengan “.Com”.

Orang biasa, yang bukan dalam bidang teknologi masih mengaitkan .Com sebagai perkara utama dalam fikiran mereka.

Cuba ambil contoh Mudah.My

orang ramai sentiasa terkeliru Mudah.com atau Mudah.My

Mereka pasti akan menaip Mudah.Com buat pertama kali. Kita semua sudah terprogram dengan .Com perkara berkaitan internet

Jika anda hendak mencipta nama yang sangat berjenama dan boleh pergi jauh, anda harus memilih .Com

Jika nama domain yang anda target itu sudah tidak available untuk .Com, maka alternatifnya adalah pilih .My atau .Net

Pilih yang orang sudah terbiasa.

 

5 – Periksa kehadiran nama domain tersebut di media sosial

Sebelum anda mendaftar nama domain pilihan anda, adalah lebih baik anda meninjau dahulu jaringan media sosial untuk nama yang sama.

Pastikan tiada orang lain telah membuat akaun atau page atas nama yang anda hendak register. Pastikan anda secure nama tersebut dengan segera.

Contohnya: facebook.com/domainanda, twitter.com/domainanda.

Untuk membina jenama, nama website dan nama di media sosial harus selari.

 

Pilihan sebenarnya terletak ditangan anda.

Tidak semestinya nama yang anda pilih tidak boleh berjaya, kerana pengguna akan melihat kepada value yang dibawa.

Tetapi mungkin dengan memilih nama yang tepat dapat membantu jenama anda naik dengan lebih cepat tanpa banyak masalah.

Jenama yang anda boleh berbangga denganya.

Dan tidak malu untuk menyebutnya kepada orang ramai.

Jangan fikirkan apa yang anda suka pada waktu sekarang, sebaliknya fikirkan kesan nama itu pada 5 tahun akan datang.

Melabur sedikit masa untuk memilih nama blog yang sesuai memandangkan ia yang akan membezakan anda dengan orang lain.

Nama domain yang baik terbentuk dengan ciri-ciri yang baik dan kandungan yang hebat akan membantu anda menjadi unik dan menonjol di mata google.

 

Kredit: Inche Naim


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *