109A, Regat seri Cempaka,
Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak.
019 5509459
hello@thekieystudio.com
thekieystudio@gmail.com

Jom lihat sejarah perisian komputer Macintosh

Jom lihat sejarah perisian komputer Macintosh

Mac OS, yang bererti Macintosh Operating System, atau Sistem Pengoperasi Macintosh, adalah sistem pengoperasi komputer Apple untuk komputer Apple Macintosh. Mac OS merupakan sistem pengoperasian pertama yang menggunakan antaramuka pengguna grafik (GUI). Pasukan Macintosh termasuk Bill Atkinson, Jef Raskin dan Andy Hertzfeld.

Terdapat pelbagai pandangan bagaimana Macintosh dibangunkan dan di mana idea asal bermula. Walaupun kaitan antara Macintosh dan projek Alto di Xerox PARC telah luas diperkatakan dalam rekod sejarah, sumbangan awal Sketchpad oleh Ivan Sutherland dan Sistem di Talian (On-Line System) oleh Doug Engelbart tidak kurang pentingnya. Lihat Sejarah GUI, dan Apple v. Microsoft.

Apple sengaja merendahkan kewujudan sistem pengoperasi pada tahun awal kemunculan Macintosh untuk menjadikan Macintosh kelihatan lebih ramah pengguna dan membezakannya daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan sebagai ajaib (arcane) dan mencabar secara teknikal. Apple mahu Macintosh digambarkan sebagai sistem yang “terus berfungsi” apabila anda menghidupkannya.

 

Klik link ini untuk melihat sejarah perisian komputer Macintosh (mac OS): KLIK SINI

Jom order web murah dengan TheKiey Studio!! Dijamin anda mampu memiliki website tersendiri untuk perniagaan anda atau untuk persendirian. Klik link WHATSAPP KAMI untuk direct terus dengan kami.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *