109A, Regat seri Cempaka,
Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak.
019 5509459
hello@thekieystudio.com
thekieystudio@gmail.com

Apa itu Domain dan Hosting?

Apa itu Domain dan Hosting?
by

Akhir-akhir ini, sudah ramai anak-anak muda mula menyedari akan kepentingan dan kelebihan mempunyai blog/website sendiri. Ini kerana sudah ramai usahwan internet di Malaysia telah menunjukkan bukti bahawa blog boleh menjadi satu senjata hebat untuk jualan atau bagi promosi sesuatu produk secara soft selling. 

Perkara yang paling penting dalam pembinaan blog ini adalah anda mesti mempunyai nama domain dan hosting. Untuk mendapatkan nama domain dan hosting, anda hendaklah mendaftarkan di TheKiey Studio untuk mendapatkan kedua-duanya. Anda tidak tahu apa itu domain dan hosting? .

 

Nama domain adalah nama unik bagi website kita. Sebagai contoh, nama domain blog saya adalah www.webmurah.my. Jika saya dah mempunyai nama domain ini bermakna orang lain tidak dapat lagi merampasnya daripada saya. Inilah bermaksud unik. Satu nama domain untuk satu pemilik. Walaubagaimanapun, anda mestilah tahu tentang tips-tips untuk memilih nama domain ini. Salah satunya anda mestilah memilih nama domain ini berkaitan isi kandungan dalam website yang anda akan bangunkan nanti. Untuk semak nama domain sudah berpunya atau tidak, boleh semak di sini!!

Apa pula hosting? Hosting adalah tempat di mana untuk menyimpan data dan maklumat yang kita masukkan dalam website kita tersebut. Oleh sebab itu anda mesti memilih syarikat yang terbaik untuk memilih hosting ini kerana tidak semua syarikat meyediakan hosting atau server yang terbaik. Salah satu masalahnya adalah server down. Jika ini selalu berlaku, bermakna website anda tidak dapat dibuka untuk seketika. Jika ia kerap berlaku, anda mungkin mengalami kerugian. Oleh itu, syarikat penyedia hosting terbaik adalah dari TheKiey Studio. Sentiasa up dan laju serta murah!

Kesimpulannya, nama domain adalah alamat bagi sesuatu tempat manakala hosting adalah tapak kawasan bagi alamat tersebut. Senang kata, alamat rumah anda adalah domain dan hosting adalah tapak rumah anda. Saya berharap anda lebih mengetahui apa itu domain dan hosting.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *